Isnin, 17 Mei 2010

TANDA-TANDA AWAL KEJATUHAN DINASTI BN...

Ulasan Pilihan Raya SIbu
Kemenangan Mengejutkan Semua Pihak?

SYABAS diucapakkan kepada DAP, dan syabas juga kepada Pakatan Rakyat dan syabas juga kepada pengundi Sibu di atas kemenangan calon DAP, Wong Ho Leng dalam pilihan raya kecil Sibu. Kemenangan itu seperti mana dikatakan ia adalah satu kejutan. Kejutan itu bukan saja kepada DAP tepai kepada BN.

DAP harus terkejut kerana mungkin mulanya mereka merasakan sukar untuk menang apabila BN telah sedia menurunkan Perdana Menteri, Najib Razak untuk memenuhi apa saja kehendak rakyat. Najib tanpa merasa malu dan segan menawarkan RM18 juta untuk sekolah Cina. Masyarakat Cina bijak dan arif segala pemberian instant itu, mereka menerimanya sebagai tanggungjawab tetapi bukan untuk mengikut heretan Najib dan BN. Dalam erti kata lain orang Cina tidak sedia menjadi lembu.

Ternyata janji untuk menatahkan bumi Sibu dengan intan berlian ditolak oleh pengundi di Sibu khasnya orang Cina. Dalam pada itu kemenangan itu memberi gambaran bahawa politik baru yang mengemukakan harapan baru oleh Pakatan Rakyat mula 'menjelira' ke dalam hati masyarakat di sana.

BN harus berwaspada dengan apa yang berlaku. Kekalahan mengejutkan dan di luar dugaan itu perlu diberi tumpuan yang mendalam. BN tidak boleh cuba mencari helah-helah lain untuk tidak menerima kekalahan itu. Segala janji yang telah ditaburkan dan termasuk replika cek yang diberikan harus ditunaikan.

Kekalahn itu memberi peringatan kepada BN bahawa politik wang yang diagungkan selama ini bukan menjadi modal dan penentu kepadanya. Rakyat tidak dapat menirima projek dan wang untuk melindungi keburukan pentadbiran kerajaan BN yang lain.

Kepada Taib Mahmud pula kekalahan calon SUPP-BN itu mungkin memberi ilham kepadanya untuk membuat penilaian semula bagi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak. Sudah pasti kemenangan DAP dengan meraih 398 undi itu memberi isyarat yang parti itu akan menjadi parti alternatif bagi masyarakat Cina terbaik di Sarawak untuk masa akan datang.

Sudah pasti persepakatan DAP bersama PKR dan Pas ia juga akan turut memberi keuntungan bersama kepada Pas dan DAP di negeri Bumi Kenyalang itu. Pas yang bertungkus lumus untuk mempengaruhi undi Melayu Melanau khasnya di Dun Nangka itu tentu tumpang bergembira dengan kemenangan itu. [*** 11:10 pm 16/05/10]
Posted by mso.im at 11:03:00 PM 7 comments
Labels: Kemenangan - Dap
Langsung Dari Sibu
Malam Ini Tanpa Keajaiban DAP Menang

10:55 malam - Keputusan rasmi tapi belum diistyharkan!

DAP 18,845

BN 18,447

Bebas 232

Majoriti 398 undi.

TANPA ada peluang untuk SPR dan BN melakukan keajaiban malam ini, DAP dijangka akan diumumkan sebagai pemenang pilihan raya kecil Sibu tidak berapa lama lagi. SPR tidak mungkin tergamak untuk menangguhkan pengumuman selepas kesemua peti undi termasuk peti undi pos yang menjadi penyelamat sudah pun dibuka.

Berbagai angka yang keluar dari undi pos yang menjadi pertikaian. Akhirnya angka tidak rasmi menyebut undi pos yang keluar mengundi dan dikira sebanyak 2,401 undi. Dari jumlah ini BN meraih (diberikan undi pos ini) sebanyak 2,287 undi manakala undi untuk DAP sebanyak 87 undi dan calon bebas diberi 27 undi.

Sekiranya dicampur undi pos 87 undi ini bermakna undi DAP sebanyak 18,657 undi. Manakala undi BN pula akan meningkat mendadak menjadi 18,267 undi. Ini bermakna DAP akan menang dengan majoriti sekitar 390 undi.

Jumlah majoriti itu satu yang lumayan dan ia mampu mengubat kedukaan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat yang kalah kecil di Hulu Selangor dua minggu lepas. [*** 9:35 pm 16/05/10]
Posted by mso.im at 9:33:00 PM 5 comments
Labels: Pilihan raya - Sibu
Keputusan Pilihanraya Kecil Sibu
BN dan DAP Saling Lintas Melintas!

[terkini] 9:10 malam - Keputusan pilihan raya Sibu sudah pun diperolehi. Kini menunggu masa saja untuk mendengar pengumuman dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pegawai SPR katanya sedang mundar mandir di atas pentas dalam dewan Suarah, semacam ada keresahan yang membelenggu mereka. Apakah petanda ini menunjukkan calon BN kalah?

Beberapa pemimpin utama DAP juga sudah mula tiba seorang demi seorang ke pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah, Sibu. Melihat kepada mood dalaman seperti mana dimaklumkan sekejap tadi, DAP akan menang.

Kesemua 110 peti undi sudah dibuka kecuali undi pos. Undi pos yang keluar mengundi sebanyak 2,571. Seandaianya kesemua undi pos ini menjadi milik BN ini bermakna DAP akan memperolehi 19 undi saja. Sebaliknya kalau lapan atau 10% undi pos diberikan kepada DAP, mungkin DAP akan menang lebih 100 undi. Malam ini tanpa keajaiban yang berlaku dan dilakukan, DAP akan menang pilihan raya kecil Sibu. - MSO

8:50 malam - Apakah ada penipuan dalaman yang dilakukan SPR sendiri? Berdasarkan fakta dan angka tidak rasmi DAP sudah pasti memenang pilihan kecil Sibu. Bagaimana pun SPR mempunyai seribu kerenah. Tidak mustahil setelah undi pos dibuka dan undi Kampung Nangka Hilir menjadi penyelamat sepanjang zaman BN, 'kemenangan' DAP kini akan bertukar menjadi sebaliknya.

Maklumat dalaman kini berlaku pertikai antara wakil parti berhubung undi Pos. Sebanyak 2,800 undi pos masih dalam perkiraan. SPR katanya ingin menerima kesemua 2,800 undi pos walaupun dalam undi berkenaan ada yang rosak disebabkan tidak disertakan Borang 2, iaini borang penyaksian undi.

Pemimpin DAP sedang mempertahankan hal ini. Kalaupun kesemua 2,800 undi pos diberikan kepada BN, DAP katanya masih menang sekitar 250 undi saja. - MSO.


8:25 malam - Masih keputusan tidak rasmi. DAP terus mengungguli dengan menambah majoritinya dengan mendapat sebanyak 3,944 undi. DAP mendapat 18,211 manakala BN memperolehi 14,267 undi. Calon bebas juga menambah satu undi lagi menjadikan 139. Sebanyak 103 daripada 110 peti undi sudah pun dibuka.

8: 20 malam - Menurut pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusuf masih banyak lagi kotak undi yang tidak dibuka. Beliau berkata kalau kesemua dibuka peratus mengundi mungkin sampai 62% atau 63%. Sebelum ini keputusan keluar mengundi diumumkan sekitar 59.86% sahaja.

Apakah ertinya semuan ini? Perubahan dan pertambahan peratus keluar mengundi ia selalunya akan mengancam kedudukan parti pembangkang. Apakah ada usaha-usaha diluar moral demokrasi sedang atau akan berlaku di Sibu? Sama-sama kita menunggu keputusan muktamad.

8:15 malam - Calon bebas menambah satu undi lagi menjadi 138 undi manakala DAP masih mengungguli dengan majoriti bertambah 3,279. Keputusan tidak rasmi DAP mendapat 17,120 manakala BN 13,841. Nasib BN kini bergantung kepada undi pos dan undi dari kawasan Melayu Melanau di Kampung Nangka Hilir.

8:10 malam - Analisa - Kira-kira 10% undi yang masih belum dikira adalah undi pos dan undi dari Dun Kampung Nangka. Dun ini merupakan kawasan Melayu/Melanau yang terkenal dengan penyokong kuat PBB. Seramai 6,000 pengundi di kawasan ini. Sementara undi pos pula sekitar 2,600. Sekiranya kesemua undi pos dan undi Melanau/Melayu ini berpihak kepada BN ini menyebabkan majoriti DAP raih kini sekitar 3,000 akan ditimbus undi berkenaan, dan DAP akan kalah.

Bagaimana sekiranya peratus menugndi rendah yang keluar mengundi turut terlibat pengundi Kampung Nangka ada tanda-tanda DAP akan menang tipis! - MSO

7:52 malam - DAP masih terus mendahului BN dengan majoriti sebanyak 3,048. DAP meraih sebanyak 16,538 manakala BN 13,490 dan Bebas 136 tambah satu undi lagi. Berdasarkan perkiraan peti undi yang telah dikira, sebanyak kira-kira 2,500 undi lagi yang belum dikira. Kedudukan ini memberi harapan DAP - Pakatan Rakyat akan memenangi pilihan raya kecil Sibu ini.

7:45 malam - Dengan hanya kira-kira 10% saja lagi undi yang belum dikira, DAP kini terus meninggalkan BN dengan majoriti 3,000. DAP kini mendapat 16,178 manakala BN memperolehi 13,156. Bebas masih belum berubah mendapat 135. Keadaan terus mengsuspenkan?

7:30 malam - Calon penyibuk Narawi menambah 3 undi lagi apabila beputusan tidak rasmi kini beliau mendapat 132 undi. DAP pula terus mendahului BN dan menambah majoriti sebanyak 2,900 undi. DAP kini mendapat 15,900 undi manakala BN 13,00. Setakat ini sudah 88% & undi dikira.

7:25 malam - Dari 80% undi yang dikira setakat ini keputusan tidak rasmi menunjukkan DAP masih mendahului dengan majoriti 2,226. DAP meraih 14,283 meninggalkan BN yang mendapat 12, 047 undi. Bebas menambah satu undi menjadi 129.

7: 15 malam - DAP masih mendahului BN dengan majoriti lebih 1,500. DAP perolehi sebanyak 12,966, BN 11,389 dan Bebas 126. Apakah fenomena di Hulu Selangor turut berlaku di Sibu di mana peringkat awal PKR mendahului BN, tetapi menjelang jam 8: 00 malam BN meninggalkan PKR dengan majoriti lebih 1,500 undi.

7:5 malam - Sebanyak 66 daripada 110 saluran mengundi telah dikira. Dari jumlah itu DAP terus medahului BN dengan majoriti lebih 2,000 undi. Manakala menurut SPR jumlah keluar mengundi hanya 32,742 atau kira-kira 59.86%.

PILIHAN raya kecil Sibu sudah selesai. Peti undi di lebih 40 pusat pengundi sedang dibawa ke pusat penjumlah undi di Dewan Suarah, Sibu. Keputusan tidak rasmi seperti mana dilaporkan oleh beberapa portal menunjukkan kedua parti, DAP dan BN saling lintas melintasi antara satu sama lain.

Dari 22 saluran yang selesai dikira jam 5:30 petang tadi BN mendahului DAP dengan kelebihan
1,985 undi. Bagaimana pun setelah 44 saluran dikira DAP pula ke depan dengan meraih sebanyak 7,026 undi manakala BN sebanyak 6,243 undi. Calon bebas mendapat 52 undi.

Apakah momentum ini berterusan dan ini mendebarkan para peminat politik. [*** 7:00 pm 16/05/10]
Posted by mso.im at 7:01:00 PM 2 comments
Labels: Politik - Sibu

Sumber : Merah Tinta 16/05/10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan