Khamis, 27 Mei 2010

Mari Kita Tunjukkan Kuasa Kita Nanti!!!

Harga petrol mungkin dinaikkan 15 sen tahun ini
Mei 27, 10 12:00pm
Harga petrol mungkin dinaikkan buat permulaannya 15 sen bagi setiap liter daripada harga sekarang pada tahun ini.

Harg
a petrol RON 95 ketika ini dijual pada harga 1.80 ringgit bagi setiap liter.

Harga baru itu berikutan cadangan sebuah badan yang bertanggungjawab menasihatkan kerajaan berhubung cara-cara mengurangkan subsidi.

Cadangan itu dibuat pada pembentangan awam dalam usaha awal kerajaan untuk mengurang defisit dalam belanjawan negara yang kini pada tahap tertinggi bagi tempoh 20 tahun.

Mengikut cadangan yang dikemukakan kepada lembaga penasihat itu, harga petrol akan dinaikkan tahun ini dan diikuti dengan dua lagi kenaikkan pada kadar 20 sen setiap liter setiap kenaikkan pada 2011 dan dua lagi kenaikan, juga pada kadar 20 sen bagi setiap kenaikkan pada 2012.

Pada
sepanjang 2013-2015, kenaikan harga minyak akan bergerak perlahan dan pada penghujung 2015, harga RON95 dijangka berada pada 2.60 ringgit bagi setiap liter.

Bagaimanapun rancangan kenaikkan yang dicadangkan itu masih belum diluluskan oleh kerajaan.

Ramalan itu adalah berdasarkan harga minyak mentah pada harga $73.06 bagi setiap tong pada 2011 dan $79.41-$94.52 bagi 2013-2015.

Cadangan pengurangan subsidi

Kerajaan akan menaikkan harga petrol, gas dan tol lebuhraya di bawah rancangan pengurangan subsidi selama lima tahun yang dibuat oleh PEMANDU, sebuah badan yang menasihatkan kerajan mengenai cara-cara mengurangkan subsidi.

Bagaiamanapun tiada keputusan yang dibuat dan kerajaan dijangka tidak akan membuat keputusan dalam jangka terdekat ini.

Pengurangan dan pemotongan subsidi itu membabitkan 12 perkara:

Petrol

Har

ga petrol prices dinaikan 15 sen pada Jun-Dis 2010, diikuti kenaikan 10 sen setiap enam bulan antara Jan 2011-Dis 2012 dan jumlah kenaikkan yang kecil bagi tahun-tahun berikutnya.

Harga petrol pada


2011 - RM2.16
2012 - RM2.20
2013 - RM2.34
2014 - RM2.52
2015 - RM2.60

Tol

Perbincangan semula dengan lebihraya pada 2010 dan dengan LDP pada 2013.

Cadangan semua perjanjian konsesi akan diteruskan tanpa pemberian subsidi, yang bakal menyebabkan kenaikkan harga antara 10-67 peratus pada 2010.

Gas

Harga gas dinaikkan pada kadar tetap RM3/MMBTU bagi setiap enam bulan daripada harga sekarang bagi sektor tenaga dan sektor bukan tenaga.

Kenaikkan harga gas pada RM3/MMBTU setiap enam bulan serentak dengan kenaikkan tarif elektrik 1.6 sen/kWh bagi setiap enam bulan.

Sumber : Malaysiakini 27/05/10

Isnin, 24 Mei 2010

Sekadar Renungan......... Krisis Greece

KAPITALISMA PASANG PERANGKAP HUTANG




DUNIA KAPITALISMA SEDANG NAZAK

Eropah Barat/Timur sedang dalam krisis ekonomi
yang akan menjerut leher kaum kapitalis. Inilah krisis
yang paling besar sesudah perang dunia kedua.
Mari kita fahami apa krisis ini:

Kerajaan Greek kini berhutang.
Nak tahu jumlah nya berapa?
$367 billion dolar.

Berhutang dengan siapa?
Berhutang dengan negara- negara Eropah.

Ireland berhutang berapa banyak?
Hutang Ireland ialah $865 billion dolar.

Ireland juga berhutang dengan negara negara Eropah

Berapa banyak pula Sepanyol berhutang?
Berapa banyak pula Itali berhutang ?

Hutang Sepanyol hanya $1 trillion dolar.
Hutang Itali juga $ 1 trillion dolar.

Itali dan Sepanyol berhutang dengan siapa?
Mereka berhutang dengan Perachis, Britain dan Germany.

Wow ! Tiga buah negara ini macam mana sekarang?

Mereka pun dalam kesusahan. Ramai warga tak ada kerja.
Banyak industri tutup. Banyak syarikat muflis. Ini kerana duit
yang ada telah dipinjamkan kepada orang lain. Bila nak guna
duit tak ada. Dalam masa yang sama si pemimjam tak
ada keupyaan nak membayar. Balak sudah sampai.

Balak apa?

Balak besar kalau negara negara yang berhutang ini tak bayar hutang
mereka jatuh bagkrap. Kalau jatuh bangkarp langsung tak boleh bayar.
Jadi kena selamatkan negara yang berhutang ini.

Lalu timbul soalan – dari mana duit nak datang untuk selamatkan dari
jatuh muflis?

Soalan inilah yang sedang menimbulkan krisis.


Portugal juga berhutang dengan Germany. Germany pulak tak dapat
kutip hutang dari Itali.

Sepanyol juga berhutang dengan Itali sebanyak $41 billion dolar.
Itali juga berhutang dengan Sepanyol sebanyak $27 billion dolar.

Dua dua negara ini sebenarnya akan jatuh muflis.

Pelik tetapi benar – negara tak ada duit meminjamkan duit
kepada negara yang juga tak ada duit.
Sepatutnya jangan dipanjamkan kepada orang yang tak
mampu membayar hutang.

Ekonomi kapitalis telah
terperangkap dalam hukum hutang.


Kalau dua dua nehara ini jatuh muflis – ini bahaya besar.
Seluruh sistem kapitalis runtuh terbarai. Sosialisma akan naik.
Ini pun parti parti kiri makin popular. Parti kanan makin merundum.
Lihat parti konservati di Britain juga tak boleh kakan sangat lagi.
Rakyat sudah marah dan akan bangun memberontak.
Lau kaum kapitalis akan cuba menyelamatkan negara-negara ini.


Siapa jadi tukang selamat?


Ini lah yang belum ada jawapan. Inilah dia punca krisis ekonomi sistem
kapitalis.

Kita harus bersedia. Terutama anak anak muda. Krisiss ekonomi Eropah ini
pasti akan meledakkan wilayah kita. Fahami sistyem ekonomi kapitalis yang
berkiblat kepada keuntungan maksima.

Cakap-cakap ekonimo akan puleh adalah cakap orang politik yang sekolah tak habis. Yang belajar tak tamat. Cakap-cakap ini hanya untuk menyedapkan hati orang ramai.
Hakitanya kapitalisma sedang menjunam.

Mula semak kembali buku-buku yang memberikan pandangan ekonomi alternatif.
Lihat dan kaji pengalaman di Sweden. Lihat dan kaji sejarah revolusi Bolshevik.
Lihat dan kaji sejarah revolusi Tiongkok.

Krisis ada peluang !
Krisis membuka harapan !
Berani berjuang berani menang!



Sumber : Tukar Tiub
Nuffnang Ads

Selasa, 18 Mei 2010

Sekali-Sekala Lawak...

BONGKAR: Surat Mr. Bean kepada Bill Gates


Yang dihormati En Bill Gates,

Saya ada membeli komputer untuk kegunaan dirumah dan saya kenalpasti beberapa masalah yang mungkin Tuan terlepas pandang.

1. Di dalam sistem terdapat butang "START", tetapi saya dapati tiada butang "STOP". Saya minta Tuan tolong periksa?

2. Saya sudah pelajari "Microsoft Word", sekarang saya mahu pelajari "Microsoft Sentence", jadi bila Tuan akan menjualnya?

3. Di dalam komputer saya terdapat "Microsoft Office", bagaimana dengan "Microsoft Home" kerana saya menggunakan komputer ini dirumah?

4. Satu soalan peribadi. Nama Tuan adalah 'Gates', tetapi Tuan menjual 'Windows', kenapa tidak 'Doors"?

Saya menanti jawapan dari Tuan.

Sekian terima kaseh.

Mr Bean

Sumber : wartamaya.blogspot.com

Isnin, 17 Mei 2010

Bodoh Sombong Rupanya Menteriku ini....

Renungan Ke Dalam

PKR Runtuh Atau BN, Naas?

MUHYIDDIN Yassin menganologikan PKR sebagai 'parti kian runtuh'. Begitu angkuh dan sombong sekali nada kata-kata Muhyiddin. Beliau membuat anologi atau assessment itu berdasarkan ramai pemimpin PKR yang berpaling tadah dan meninggalkan parti berkenaan.

Saya tidak tahu sejauh mana nilai dan mutu politik Muhyiddin. Apakah beliau sengaja membuat anologi itu untuk melemahkan PKR dan Pakatan Rakyat atau memang kerana kecetekan beliau dalam membuat assessment berhubung perkembangan politik.

Apakah beliau sedar dan tahu punca kenapa beberapa kerat pemimpin PKR yang membuat pengumuman meninggalkan parti itu? Sudahkah beliau mengkajinya sedalam-dalam. Kalau beliau sudah membuat kajian secara adil, tidak salah beliau membuat andaian itu. Umno dan BN bernasib baik kalau kenyataan itu benar. Tetapi macam mana kalau kajian itu meleset dan lebih kepada kenyataan gatal mulut saja?

Muhyiddin (foto) boleh jumlahkan berapa ramai pemimpin PKR yang meninggalkan parti berkenaan. Biar rakyat semua tahu? Dan biarlah rakyat juga kenal siapa mereka yang berpaling tadah itu. Apakah mereka ada kualiti sebagai seorang pemimpin atau hanya pengikut cabuk saja?

Kalau Muhyiddin hanya bersenandung dengan tindakan itu dan lebih kepada tujuan untuk perang saraf, rasanya Muhyiddin akan terjerat dengan kenyataan dan pandangannya sendiri. Muhyiddin dan UBN akan jadi syok sendiri saja.

Apakah yang Muhyiddin maksudkan itu pemimpin PKR yang keluar sambil mengencingkan denai perjuangannya sebelum ini seperti, Ezam Mohd Noor? Atau Nalakarupan atau Sallehhuddin Hashim? Ataupun mereka itu ialah Zahrain Mohd Hashim dan Tee Beng? Ataupun apakah mereka itu Zulkefli Nordin. Itukah pemimpin yang Muhyiddin maksudkan itu.

Atau mereka itu serangkai yang lain? Mereka yang terawal dari Ezam yang bertindak mencaci Anwar dan PKR, iaini sekumpulan anak muda serigala yang terhidu bau bangkai di Putrajaya dan ramai-ramai cuba menerkamnya dulu? Itukah yang Muhyiddin maksudnya sebagai pemimpin PKR?

Muhyiddin perlu sedar mereka yang dikatakan pemimpin oleh media massa itu hanya pengikut berketurunan Pak Pandir dan Pak Kadok saja. Malahan mereka itu setengahnya lebih oportunis daripada Lebai Malang, yang malang itu. Orang-orang yang meninggalkan parti dan memburukkanya apa lagi beliau sendiri menubuhkannya, mereka adalah politician tidak siuman.

Untungkah bagi BN menerima orang yang tidak siuman ini. Pada saya ia menyusahkan kerana UBN kena sediakan kandang khas untuk mengurung mereka kalau tidak mereka akan menganggui ketenteraman orang lain. Kebanyakan yang tinggal PKR itu bukan kerana prinsip tetapi kerana umpan yang diletakkan di muka jerat!

Kalaulah itu yang Muhyiddin maksudkan maka beliau membuat penilaian yang silap. Kalaulah itu Muhyiddin menerima mereka sebagai pemimpin ianya salah. Jauh lagilah politik Muhyiddin Yassin dalam mengenali lurah-lurah dan jalur-jalur politik.

Bagi Anwar Ibrahim, Mohd Azmin Ali, Saifuddin Nasution Ismail (foto) dan rakan-rakannya yang lain dalam PKR kini mereka tidak hairan dengan tindak tanduk mereka itu semua. Sebabnya mereka bukanlah dari kalangan pemimpin PKR yang ulit dan utuh. Yang berjiwa besar dan semangat juang yang tinggi.

Mereka ini sudah lama diketahui Anwar, adalah talibarut yang dipasang oleh Umno sejak reformasi lagi. Mereka ini menyertai reformasi dan PKR kerana yakin Anwar akan jadi Perdana Menteri. Mereka adalah pencari makan di tepi-tepi tong sampah politik tidak lebih dari itu. Mereka tidak banyak bezanya dengan anjing dan kucing yang menyelongkar tempat pembuangan sampah.

Saya tidak merasakan PKR sebagai parti kian runtuh seperti mana anggapan Muhyiddin itu. PKR tidak akan runtuh malahan PKR akan menjadi semakin kuat pada masa akan datang. Selagi PKR bergantung hayat dan menyatukan diri dan perjuangan bersama DAP dan PAS, serta SNAP selagi itulah PKR akan menggegar Malaysia ini.

Sama ada PKR semakin runtuh atau semakin lemah, tunggulah pilihan raya ke-13 nanti. Rakyat Malaysia hanya perlu bersabar kira-kira setahun saja lagi untuk mengetahui hakikat ini. Bila datangnya pilihan raya ke -13 kelak maka akan tahulah semua orang termasuk Muhyiddin apakah PKR semakin runtuh atau sebaliknya.

Melihat kepada keputusan pilihan raya kecil Sibu semalam, nampaknya yang makin runtuh dan lemah bukan PKR dan Pakatan Rakyat, sebaliknya, BN. BN sudah ada tanda-tanda akan menjadi Barisan Naas pada pilihan raya umum akan datang. Kalau Umno tidak kawal dan berbuat sesuatu kenyataan ini akan berlaku.

Orang Cina dari pelusuk mana saja sudah jelas menolak BN. Dalam masa sama peranan MCA dan Gerakan pula semakin mengecil. Orang Cina yang mempunyai citarasa dan cara berpolitik tersendiri. Mereka tidak terikat dengan syarat dan setiap masa ingin membebaskan diri dari ikatan lapok. Begitu juga orang Cina bukan orang Melayu yang terus bernostalgia dan berbangga dengan sejarah. Orang Cina suka mencipta sejarah manakala orang Melayu suka membaca sejarah. Ini perbezaan.

Tidak mustahil kalau MCA dan Gerakan akan bergabung dengan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya akan datang, orang Cina akan mencipta satu sejarah baru yang agung buat mereka. Nah, kalau ini berlaku ibarat kata Umno akan menjadi yatim piatu di negara ini.

Kepada Muhyiddin jangan terlalu mempersendakan PKR. Apa yang baik baginya ialah memperkuatkan Umno. Menyakinkan orang Umno supaya terus bersama parti berkenaan. Politik baru yang diperkenalkan Pakatan Rakyat juga harus dihalangi dengan agenda dan manifesto yang lebih menyakinkan. Kelemahan Umno mengatasi ini semua menyebabkan Muhyiddin tidak akan berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri. Paling malang lagi kalau-kalau selepas Najib Razak ini, PM ialah dari kalangan orang China?

Pada saya daripada Muhyiddin 'mengatuh' mengata dan mencercakan PKR dan Pas, lebih baik beliau berfikir bagaimana ingin membawa orang Melayu berada dalam satu wadah baru untuk menghadapi cabaran globalisasi sekurang-kurangnya dalam negara ini. [wm.kl. 10:00 am 17/05/10]

Glossi:

1. Mengatuh = berkokok, selalunya yang mengatuh burung terkukur dan merbok.

TANDA-TANDA AWAL KEJATUHAN DINASTI BN...

Ulasan Pilihan Raya SIbu
Kemenangan Mengejutkan Semua Pihak?

SYABAS diucapakkan kepada DAP, dan syabas juga kepada Pakatan Rakyat dan syabas juga kepada pengundi Sibu di atas kemenangan calon DAP, Wong Ho Leng dalam pilihan raya kecil Sibu. Kemenangan itu seperti mana dikatakan ia adalah satu kejutan. Kejutan itu bukan saja kepada DAP tepai kepada BN.

DAP harus terkejut kerana mungkin mulanya mereka merasakan sukar untuk menang apabila BN telah sedia menurunkan Perdana Menteri, Najib Razak untuk memenuhi apa saja kehendak rakyat. Najib tanpa merasa malu dan segan menawarkan RM18 juta untuk sekolah Cina. Masyarakat Cina bijak dan arif segala pemberian instant itu, mereka menerimanya sebagai tanggungjawab tetapi bukan untuk mengikut heretan Najib dan BN. Dalam erti kata lain orang Cina tidak sedia menjadi lembu.

Ternyata janji untuk menatahkan bumi Sibu dengan intan berlian ditolak oleh pengundi di Sibu khasnya orang Cina. Dalam pada itu kemenangan itu memberi gambaran bahawa politik baru yang mengemukakan harapan baru oleh Pakatan Rakyat mula 'menjelira' ke dalam hati masyarakat di sana.

BN harus berwaspada dengan apa yang berlaku. Kekalahan mengejutkan dan di luar dugaan itu perlu diberi tumpuan yang mendalam. BN tidak boleh cuba mencari helah-helah lain untuk tidak menerima kekalahan itu. Segala janji yang telah ditaburkan dan termasuk replika cek yang diberikan harus ditunaikan.

Kekalahn itu memberi peringatan kepada BN bahawa politik wang yang diagungkan selama ini bukan menjadi modal dan penentu kepadanya. Rakyat tidak dapat menirima projek dan wang untuk melindungi keburukan pentadbiran kerajaan BN yang lain.

Kepada Taib Mahmud pula kekalahan calon SUPP-BN itu mungkin memberi ilham kepadanya untuk membuat penilaian semula bagi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak. Sudah pasti kemenangan DAP dengan meraih 398 undi itu memberi isyarat yang parti itu akan menjadi parti alternatif bagi masyarakat Cina terbaik di Sarawak untuk masa akan datang.

Sudah pasti persepakatan DAP bersama PKR dan Pas ia juga akan turut memberi keuntungan bersama kepada Pas dan DAP di negeri Bumi Kenyalang itu. Pas yang bertungkus lumus untuk mempengaruhi undi Melayu Melanau khasnya di Dun Nangka itu tentu tumpang bergembira dengan kemenangan itu. [*** 11:10 pm 16/05/10]
Posted by mso.im at 11:03:00 PM 7 comments
Labels: Kemenangan - Dap
Langsung Dari Sibu
Malam Ini Tanpa Keajaiban DAP Menang

10:55 malam - Keputusan rasmi tapi belum diistyharkan!

DAP 18,845

BN 18,447

Bebas 232

Majoriti 398 undi.

TANPA ada peluang untuk SPR dan BN melakukan keajaiban malam ini, DAP dijangka akan diumumkan sebagai pemenang pilihan raya kecil Sibu tidak berapa lama lagi. SPR tidak mungkin tergamak untuk menangguhkan pengumuman selepas kesemua peti undi termasuk peti undi pos yang menjadi penyelamat sudah pun dibuka.

Berbagai angka yang keluar dari undi pos yang menjadi pertikaian. Akhirnya angka tidak rasmi menyebut undi pos yang keluar mengundi dan dikira sebanyak 2,401 undi. Dari jumlah ini BN meraih (diberikan undi pos ini) sebanyak 2,287 undi manakala undi untuk DAP sebanyak 87 undi dan calon bebas diberi 27 undi.

Sekiranya dicampur undi pos 87 undi ini bermakna undi DAP sebanyak 18,657 undi. Manakala undi BN pula akan meningkat mendadak menjadi 18,267 undi. Ini bermakna DAP akan menang dengan majoriti sekitar 390 undi.

Jumlah majoriti itu satu yang lumayan dan ia mampu mengubat kedukaan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat yang kalah kecil di Hulu Selangor dua minggu lepas. [*** 9:35 pm 16/05/10]
Posted by mso.im at 9:33:00 PM 5 comments
Labels: Pilihan raya - Sibu
Keputusan Pilihanraya Kecil Sibu
BN dan DAP Saling Lintas Melintas!

[terkini] 9:10 malam - Keputusan pilihan raya Sibu sudah pun diperolehi. Kini menunggu masa saja untuk mendengar pengumuman dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pegawai SPR katanya sedang mundar mandir di atas pentas dalam dewan Suarah, semacam ada keresahan yang membelenggu mereka. Apakah petanda ini menunjukkan calon BN kalah?

Beberapa pemimpin utama DAP juga sudah mula tiba seorang demi seorang ke pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah, Sibu. Melihat kepada mood dalaman seperti mana dimaklumkan sekejap tadi, DAP akan menang.

Kesemua 110 peti undi sudah dibuka kecuali undi pos. Undi pos yang keluar mengundi sebanyak 2,571. Seandaianya kesemua undi pos ini menjadi milik BN ini bermakna DAP akan memperolehi 19 undi saja. Sebaliknya kalau lapan atau 10% undi pos diberikan kepada DAP, mungkin DAP akan menang lebih 100 undi. Malam ini tanpa keajaiban yang berlaku dan dilakukan, DAP akan menang pilihan raya kecil Sibu. - MSO

8:50 malam - Apakah ada penipuan dalaman yang dilakukan SPR sendiri? Berdasarkan fakta dan angka tidak rasmi DAP sudah pasti memenang pilihan kecil Sibu. Bagaimana pun SPR mempunyai seribu kerenah. Tidak mustahil setelah undi pos dibuka dan undi Kampung Nangka Hilir menjadi penyelamat sepanjang zaman BN, 'kemenangan' DAP kini akan bertukar menjadi sebaliknya.

Maklumat dalaman kini berlaku pertikai antara wakil parti berhubung undi Pos. Sebanyak 2,800 undi pos masih dalam perkiraan. SPR katanya ingin menerima kesemua 2,800 undi pos walaupun dalam undi berkenaan ada yang rosak disebabkan tidak disertakan Borang 2, iaini borang penyaksian undi.

Pemimpin DAP sedang mempertahankan hal ini. Kalaupun kesemua 2,800 undi pos diberikan kepada BN, DAP katanya masih menang sekitar 250 undi saja. - MSO.


8:25 malam - Masih keputusan tidak rasmi. DAP terus mengungguli dengan menambah majoritinya dengan mendapat sebanyak 3,944 undi. DAP mendapat 18,211 manakala BN memperolehi 14,267 undi. Calon bebas juga menambah satu undi lagi menjadikan 139. Sebanyak 103 daripada 110 peti undi sudah pun dibuka.

8: 20 malam - Menurut pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusuf masih banyak lagi kotak undi yang tidak dibuka. Beliau berkata kalau kesemua dibuka peratus mengundi mungkin sampai 62% atau 63%. Sebelum ini keputusan keluar mengundi diumumkan sekitar 59.86% sahaja.

Apakah ertinya semuan ini? Perubahan dan pertambahan peratus keluar mengundi ia selalunya akan mengancam kedudukan parti pembangkang. Apakah ada usaha-usaha diluar moral demokrasi sedang atau akan berlaku di Sibu? Sama-sama kita menunggu keputusan muktamad.

8:15 malam - Calon bebas menambah satu undi lagi menjadi 138 undi manakala DAP masih mengungguli dengan majoriti bertambah 3,279. Keputusan tidak rasmi DAP mendapat 17,120 manakala BN 13,841. Nasib BN kini bergantung kepada undi pos dan undi dari kawasan Melayu Melanau di Kampung Nangka Hilir.

8:10 malam - Analisa - Kira-kira 10% undi yang masih belum dikira adalah undi pos dan undi dari Dun Kampung Nangka. Dun ini merupakan kawasan Melayu/Melanau yang terkenal dengan penyokong kuat PBB. Seramai 6,000 pengundi di kawasan ini. Sementara undi pos pula sekitar 2,600. Sekiranya kesemua undi pos dan undi Melanau/Melayu ini berpihak kepada BN ini menyebabkan majoriti DAP raih kini sekitar 3,000 akan ditimbus undi berkenaan, dan DAP akan kalah.

Bagaimana sekiranya peratus menugndi rendah yang keluar mengundi turut terlibat pengundi Kampung Nangka ada tanda-tanda DAP akan menang tipis! - MSO

7:52 malam - DAP masih terus mendahului BN dengan majoriti sebanyak 3,048. DAP meraih sebanyak 16,538 manakala BN 13,490 dan Bebas 136 tambah satu undi lagi. Berdasarkan perkiraan peti undi yang telah dikira, sebanyak kira-kira 2,500 undi lagi yang belum dikira. Kedudukan ini memberi harapan DAP - Pakatan Rakyat akan memenangi pilihan raya kecil Sibu ini.

7:45 malam - Dengan hanya kira-kira 10% saja lagi undi yang belum dikira, DAP kini terus meninggalkan BN dengan majoriti 3,000. DAP kini mendapat 16,178 manakala BN memperolehi 13,156. Bebas masih belum berubah mendapat 135. Keadaan terus mengsuspenkan?

7:30 malam - Calon penyibuk Narawi menambah 3 undi lagi apabila beputusan tidak rasmi kini beliau mendapat 132 undi. DAP pula terus mendahului BN dan menambah majoriti sebanyak 2,900 undi. DAP kini mendapat 15,900 undi manakala BN 13,00. Setakat ini sudah 88% & undi dikira.

7:25 malam - Dari 80% undi yang dikira setakat ini keputusan tidak rasmi menunjukkan DAP masih mendahului dengan majoriti 2,226. DAP meraih 14,283 meninggalkan BN yang mendapat 12, 047 undi. Bebas menambah satu undi menjadi 129.

7: 15 malam - DAP masih mendahului BN dengan majoriti lebih 1,500. DAP perolehi sebanyak 12,966, BN 11,389 dan Bebas 126. Apakah fenomena di Hulu Selangor turut berlaku di Sibu di mana peringkat awal PKR mendahului BN, tetapi menjelang jam 8: 00 malam BN meninggalkan PKR dengan majoriti lebih 1,500 undi.

7:5 malam - Sebanyak 66 daripada 110 saluran mengundi telah dikira. Dari jumlah itu DAP terus medahului BN dengan majoriti lebih 2,000 undi. Manakala menurut SPR jumlah keluar mengundi hanya 32,742 atau kira-kira 59.86%.

PILIHAN raya kecil Sibu sudah selesai. Peti undi di lebih 40 pusat pengundi sedang dibawa ke pusat penjumlah undi di Dewan Suarah, Sibu. Keputusan tidak rasmi seperti mana dilaporkan oleh beberapa portal menunjukkan kedua parti, DAP dan BN saling lintas melintasi antara satu sama lain.

Dari 22 saluran yang selesai dikira jam 5:30 petang tadi BN mendahului DAP dengan kelebihan
1,985 undi. Bagaimana pun setelah 44 saluran dikira DAP pula ke depan dengan meraih sebanyak 7,026 undi manakala BN sebanyak 6,243 undi. Calon bebas mendapat 52 undi.

Apakah momentum ini berterusan dan ini mendebarkan para peminat politik. [*** 7:00 pm 16/05/10]
Posted by mso.im at 7:01:00 PM 2 comments
Labels: Politik - Sibu

Sumber : Merah Tinta 16/05/10

Sabtu, 15 Mei 2010

Aik.... ni dah bukan berak merata-rata lagi...

Jumaat, Mei 14, 2010
HIPOKRIT UMNO: Bukti politik dalam surau/masjid !!
Gambar UMNO berak merata-rata. Apa kata Sultan & Mufti

Tengok sendirilah. Kalau bagitau kata orang PAS suka memfitnah. Derhaka Sultan. Jahil, tak ikut mufti dan macam-macam lagi. Tengoklah gambar-gambar pemimpin UMNO yang ‘kencing’ muftinya sendiri.

Berak merata ditengah jalan. Bukannya mengaku tetapi sibuk menuduh orang lain.! UMNO sila cermin muka tu dulu. Jangan lebih sudu pada kuah.


1. Datuk Seri Najib Tun Razak berceramah di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang. Takkan dalam Masjid PM? Hormatlah sikit fatwa Tan Sri Harussani tu.





2. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) menyampaikan sumbangan kepada orang-ramai di Masjid Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh. Aik,

takkan kat Perak sendiri tak hormat fatwa Tan Sri Harussani. Ini bukan politik kot Cuma dihadiri saje oleh orang politik. Takde niat politik pun!


3 . HISHAMMUDDIN pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Bercakap tentang ibadah ke pentadbiran negara? Tak politik ke tu?

4. Gambar yang kelihatan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bhg Jelebu sedang berucap dalam Masjid Amar Penghulu, Jeleb. Kelihatan juga duduk bersila dari kiri ke kanan ialah: YBhg Datuk Haji Jalaluddin Haji Alias, Timbalan Ketua UMNO Bhg Jelebu; Tuan Stapa (Ketua Polis Daerah Jelebu); Tuan Imam Masjid Amar Penghulu: Tuan Habibbullah (Pegawai JASA Daerah Jelebu / Ketua Penerangan UMNO Bhg Jelebu); dan Tuan Abd Hamid Othman (Pengarah JASA NS / Setiausaha UMNO Bhg Jelebu). Menteri yang jaga undang-undang siber ni. Kena tangkap ke ni?

5. Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau telah hadir dan memberi ceramah di Masjid An-Nur Pekan Rembau. Aik tak cukup lagi TV dan Radio?



Sdr. Khairy di Taman Rembau Utama. Berkempen ke?


6 . Turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO Johor selaku MB Johot bersama isteri. Beliau memberi ucapan kepada orang miskin sempena majlis penyampaian golongan miskin, pelajar yatim dan ibu tunggal melalui 138 cawangan UMNO dari seluruh parlimen Ledang. Majlis itu adalah anjuran UMNO di Masjid al-Taqwa Tanjung Gading Barat, Ledang.

Datin Paduka Prof Dr Jamelah Ariffin isteri MB Johor turut serta memberi sumbangan. Kalau ye pun tutuplah aurat elok-elok dalam masjid tu. Dah le tak ikut mufti, lawan syariat lagi.

7 . Datuk Khaled Nordin menghadiri majlis anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Gudang diadakan dalam Masjid Al-Muhajirin Bandar Masai. dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin.

8. Program UMNO Merbok di Masjid Taman Ria Jaya. Ucapan Dato' Haji Tajul Urus B. Hj. Mat Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok


9. YB Shahidan Kassim turut berceramah. Macam baru balik Mekah. Tazkirah bab arak dan judi haram ke?

10. Di PETAGAS, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (gambar atas) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 warga tua, miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah. Siap dengan beg lambang UMNO dan Dacing. Ini guna masjid ke?

11. Aik Puteri UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang bukan Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang Islam. Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat di Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.


12. Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat. Tak berani tegur ke?

13. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju.

Menurutnya, UMNO senantiasa menggalakkan kerja-kerja ibadat seperti menyalurkan bantuan pada mereka yang susah serta mengatur aktiviti membela sesama Islam di bulan Ramadhan ini dan memuji UMNO Wilayah Persekutuan kerana membelanjakan RM130 ribu bagi membantu mereka yang memerlukan di seluruh bahagian UMNO dalam Wilayah Persekutuan. Dalam pada itu, beliau yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia mengucapkan terima kasih pada Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan kerana membantunya sehingga dapat menduduki salah satu kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan lalu.

Hampir 3000 orang membanjiri kawasan masjid itu. bersama para pemimpin UMNO. Kelihatan bersama di majlis itu, Ketua Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique, Timbalan Badan Perhubungan Senator Datuk Kamarudin Ambok, Setiausaha Senator Datuk Rizuan Abd Hamid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Puteri Azlinda Mohd Rashad dan ketua-ketua UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri serta ahli-ahli jawatankuasa masing-masing.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ruslin Hasan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Haji Che Mat Che Ali. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique ketika berucap melahirkan rasa syukur beliau kerana kejayaan Datuk Seri Shahrizat Jalil menganjurkan majlis tersebut.

14. Majlis anjuran UMNO Bahagian Bagan telah diadakan di Masjid At Taqwa, Mak Mandin. Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa kelihatan bersama orang-ramai. YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka dan ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, saudara Norman Zahalan juga turut hadir.



15. Hingga ke Sarawak, Program “Jom Berambeh” YB Datuk Hjh Rohani Hj Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan diadakan untuk mendekatkan dan memudahkan penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar. Siap salam sama Tok Imam ke? macam nak angkat nikah je YB?

Cukuplah. Terlalu banyak sangat. Semuanya bagaimana tanda UMNO-BN cakap tak serupa bikin. Bagi Pas Islam tidak boleh dipisahkan. Tiada istilah politik suku agama suku.

Kredit pd ustsaifulbahri

Sumber: http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/

Khamis, 13 Mei 2010

Adakah ini ditujukan buat Hj. Lah...

Surat Terbuka buat Pengasas Pondok Geting
Posted on Wednesday, May 12 @ 17:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Respon Oleh: Yangretibase

"

Assalamualaikum Abdullah Sa'amah,

Ingin saya dengan ikhlasnya menasihati anda supaya anda banyak-banyak memuhasabah diri. Anda fikir andakah pihak yang benar berbanding dengan TG Nik Aziz? Huh! Jauh panggang dari api! Hisab-hisablah diri anda mengapa anda membenci sangat akan TG Nik Aziz. Anda dengki terhadapnya? Anda hanya mencari dosa kering memusuhi TG Nik Aziz. Apa yang anda mahu, sebenarnya?Wahai Abdullah Sa'amah! Sedarkah anda bahawa 'fatwa' anda boleh menjadikan anda tok guru sesat. Seorang tok guru sesat boleh pula menyesatkan murid dan pengikutnya. Maka menjadilah anda tok guru sesat yang menyesatkan.


Terbaru, anda ada mengeluarkan satu 'fatwa' bahawa politik kepartian seperti yang diamalkan ketika ini tidak ada sedikit pun hubung kait dengan agama.(Utusan Online, 8 Mei 2010). 'Fatwa' anda ini jelas membuktikan bahawa anda memisah dan mengasingkan aspek politik daripada Islam. Bagi anda, agaknya, oleh sebab politik kepartian tidak ada sedikit pun hubung kait dengan agama (Islam), maka pemain politik kepartian bebas melakukan apa saja kejahatan; dia tidak berdosa dan dia tidak akan menerima hukuman, kerana dia tiada hubung kait dengan agama. Begitu?

Atau adakah 'fatwa' anda ini sekadar hendak dijadikan hujah untuk merasionalkan pendapat anda bahawa PAS juga parti sekular seperti UMNO?

Alangkan silapnya anda, wahai Abdullah Sa'amah, pengasas Pondok Geting. Mustahil anda tidak tahu bahawa setiap perbuatan, gerak-geri, tingkah laku, tutur kata dan bahkan diam seseorang itu pun dikira dosa pahalanya oleh Allah SWT. Tidak ada 'apa' pun dalam dunia ini yang 'terkeluar' atau 'terkecuali' daripada Islam, sedangkan politik pemerintahan negara merupakan aspek terbesar dalam amanah Allah SWT yang dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi-Nya ini.

Bagaimana mungkin anda hendak memisah dan mengasingkan politik kepartian daripada Islam, sedangkan politik kepartian itu merupakan sebahagian daripada sistem politik yang diamalkan sekarang. Kita sedia maklum bahawa Allah SWT mencipta manusia dengan dua tujuan. Pertama, untuk menjadi hamba yang senantiasa beribadat kepada-Nya. Kedua, untuk menjadi khalifah atau pemimpin demi memakmurkan bumi-Nya.

Dengan kata lain, khalifah sebagai pemimpin politik pada zaman ini dalam konteks negara Malaysia kita wajib mematuhi Titah Perintah Allah SWT dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai Perlembagaan Negara, sebagaimana yang dihasratkan oleh PAS.

Sekian, wassalam. Tolong maafkan saya. Saya ikhlas.



-- Yangretibase --

Sumber : Tranungkite

Selasa, 11 Mei 2010

Transkrip Penuh Perbicaraan Kes Liwat DS Anwar Ibrahim

Berikut ialah Transkrip perbicaraan Fitnah Kali Ke Dua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (soal balas hari pertama) semalam.
Perbicaraan tersebut didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
(10.37 pagi - Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah semula dalam Bahasa Melayu)
Karpal Singh (KS): Tadi ada bersumpah? Bersumpah untuk apa?
Saiful Bukhari (SB): Untuk berkata apa yang benar.
KS: Itu tidak benar, bukan?
SB: Tidak.
KS: Benar sahaja tidak mencukupi dalam bagi keterangan? Do you speak English? (Awak boleh berbahasa Inggeris?)
Yang Arif (HAKIM): Jawab dalam Bahasa Melayu sebab saksi angkat sumpah dalam Bahasa Melayu.
KS: Baca sekali lagi sumpah itu.
SB: (Saksi membaca semula sumpah)
KS: Yang terakhir, melainkan yang benar?
SB: Ya.
KS: Bukan senang masuk dalam kandang itu? Ada kewajipan, bukan?
SB: Ya.
KS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kenal?
SB: Ya, Perdana Menteri. Kenal sejak kecil lagi.
KS: Ada jumpa Perdana Menteri (PM)?
SB: Ada, pada 24 Jun 2008.

KS: Jumpa di mana?
SB: Di kediaman Perdana Menteri di Taman Duta, KL.
KS: Masa itu Timbalan Perdana Menteri (TPM)?
SB: Ya.
KS: Jumpa TPM untuk apa?
SB: Saya mengadukan pada beliau tentang masalah saya.
KS: Pada 24 Jun?
SB: Ya.
KS: Lepas itu ada jumpa dia?
SB: Tidak jumpa lagi. Langsung tidak jumpa.
KS: Dengan isteri PM?
SB: Tidak pernah.
KS: Kenal seseorang bernama Mumtaz?
SB: Rakan kepada keluarga saya, kenal sejak kecil.
KS: Pernah jumpa isteri PM?
SB: Tidak.
KS: Kejadian berlaku bila?
SB: 26 Jun 2008.
KS: Pada 27 Jun ada jumpa PM? Pada 28 Jun?
SB: Tidak jumpa.
KS: PM ada menyatakan awak ada jumpa dia.
SB: (Saksi tidak menjawab)
(Karpal mengulangi pertanyaan)
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden (MY): Saya tidak fikir Karpal patut terus mendesak.
KS: Ada pernah jumpa PM?
SB: Itu tidak pasti tetapi saya jumpa dia (PM) 24 Jun, langsung tidak jumpa lepas itu.
KS: Ada jumpa Asisten Supritendan (ASP) Rodwan? Sekarang dia Asisten Komisioner?
SB: Ada jumpa.
KS: Bila jumpa?
SB: 24 Jun 2008, waktu malam, di Hotel Melia di Jalan Imbi.
KS: Pukul berapa.
SB: Pada masa itu dia yang telefon saya. Masa telefon kata nak bertemu dengan saya.
KS: Tujuan apa? Apa terjadi bila jumpa dia?
SB: Masa telefon dia tidak beritahu tujuan apa. Masa jumpa, dia nak tahu masalah apa yang saya sedang hadapi.
KS: Pernah jumpa ASP Rodwan sebelum 24 Jun?
SB: Tidak.
KS: Jumpa Rodwan selepas jumpa PM?
SB: Ya.
KS: Siapa yang arahkan Rodwan jumpa kamu?
SB: Saya tidak pasti.
KS: Ada tanya mana dia dapat nombor kamu?
SB: Saya tak tanya dia.
KS: Apa berlaku lepas jumpa dia?
SB: Saya beritahu saya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) beberapa kali.
KS: Jadi, masa jumpa PM, beritahu dia apa yang berlaku sebelum 26 Jun?
SB: Ya.
KS: Itu sahaja?
SB: Ya.
KS: Ada buat kenyataan bahawa kamu diliwat tanpa kerelaan?
SB: Ya, dalam laporan polis.
KS: Baca P3 (laporan polis).
(SB membaca semula laporan polis yang dibuat olehnya. "Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan ingin melaporkan saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. .... berlaku ialah pada 26 Jun 2008. Laporan dibuat dengan tujuan mendapatkan keadilan dan pembelaan. Bimbang keselamatan diri dan keluarga jika perkara ini tersebar luas ke pengetahuan khalayak ramai. Majikan saya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.")
KS: Kejadian 26 Jun?
SB: Ya.
KS: Selepas 26 Jun ada diperiksa oleh doktor?
SB: Ada.
KS: Sebelum 28 Jun?
SB: Ada.
KS: Oleh siapa?
SB: Oleh doktor di Hospital Pusrawi tetapi bukan sepenuhnya.
KS: Jumpa doktor di Pusrawi bila?
SB: 28 Jun.
KS: Kejadian 26 Jun? Laporan dibuat 28 Jun?
SB: Ya.
KS: Kamu orang Islam yang baik?
SB: Try my best to be (Cuba yang terbaik untuk jadi baik)
KS: Ada sembahyang 5 kali sekali?
SB: Ada, kalau dulu ada tertinggal.
KS: Dalam bulan Jun 2008?
SB: Semasa kerja dengan DSAI, saya kurang sikit sembahyang.
KS: Selepas itu?
SB: Selepas membuat laporan, saya kembali insaf.
KS: Dari 26 hingga 28 Jun ada sembahyang? Kewajipan orang Islam.
SB: Saya ada pergi sembahyang Jumaat.
KS: 26 Jun?
SB: 26 Jun tidak sembahyang.
KS: Kenapa tak sembahyang? Ini kewajipan.
SB: Saya tidak bersolat. Ini mungkin kerana saya telah diliwat.
KS: Pada 27 Jun?
SB: Ada sembahyang Jumaat.
KS: Ada mandi? Cuci badan semua sebelum sembahyang pada 27 Jun?
SB: Ada, mandi sedikit sahaja tetapi saya tidak cuci di bahagian dubur.
KS: Biasa mandi semua badan bukan sebahagian, bukan?
SB: Ya.
KS: Mandi junub, wajibkan?
SB: Ya.
KS: 26 (haribulan) tidak solat?
SB: Tidak.
KS: Tidak mandi wajib?
SB: Tidak.
KS: Jadi, pada 27 Jun, tak mandi wajib jadi sembahyang kamu tidak sah?
SB: Ya, tidak sah.
KS: Bermakna kamu adalah bukan seorang Islam yang baik?
MY: Ini pendapat peguam.
KS: Saya ada hak untuk mencadangkan kepadanya.
HAKIM: Kalau awak serang peribadi dia, nanti pihak pendakwaan juga boleh menyerang peribadi DSAI. Awak tak boleh membantah.
KS: Tidak apa, mereka boleh berbuat demikian. Ia bukan isu.
KS: Saya cadangkan, kamu tidak mengikut syarat-syarat dalam Islam.
SB: Pada tempoh tersebut, saya tidak.
KS: Jadi kamu bukan seorang Islam yang baik?
SB: Saya dalam keadaan darurat pada ketika itu kerana kalau saya mandi... (Saksi dihalang daripada meneruskan jawapannya oleh KS)
KS: Pada 28 Jun, ada mandi wajib?
SB: Tidak.
KS: Kamu tidak ikut cara Islam?
SB: Saya terpaksa.
KS: Dalam darurat?
SB: Ya.
KS: Pada 28 Jun, sebelum pergi Hospital Kuala Lumpur (HKL), ada jumpa doktor lain?
SB: Di Pusrawi.
KS: Sebelum itu ada pergi Hospital Tawakal?
SB: Ya tapi Tawakal tidak jumpa doktor.
KS: Tujuan apa?
SB: Untuk dapatkan pemeriksaan.
KS: Pada 26 Jun, ada pergi jumpa doktor?
SB: Tidak.
KS: Pada 27 Jun pun tidak?
SB: Tidak.
KS: Hanya pada 28 Jun?
SB: Ya.
KS: Apa nama doktor yang kamu jumpa di Pusrawi?
SB: Dr. Osman.
(Dr. Mohd. Osman bin Abdul Hamid dipanggil dan dicamkan oleh MSB)
KS: Ada buat apa-apa aduan sebelum diperiksa?
SB: Saya hanya kata saya sakit di bahagian dubur.
KS: Itu saja? Lain?
SB: Sakit perut.
KS: Tidak ada aduan lain?
SB: Sebelum dia periksa, saya cakap sakit perut dan dubur. Semasa diperiksa saya cakap saya telah diliwat.
(Saksi dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi)
KS: Dalam laporan ini ada ditulis "introduction of plastic into the anus (kemasukan objek plastik ke dalam dubur)."
SB: Kurang jelas tulisan ini, tidak boleh baca tulisan.
KS: (Karpal ulang baca nota pemeriksaan) Adakah ini benar perkara ini?
SB: Saya tidak pernah buat aduan ini.
KS: Doktor akan dipanggil beri keterangan, masih berpegang pada keterangan tadi?
SB: Ya, saya tidak pernah buat aduan ini.
KS: Jadi kenapa doktor tulis begini? Adakah doktor ini berbohong?
SB: Saya tidak pasti kenapa dia tulis begini. Ini bohong, tidak benar.
KS: Selepas itu ada pergi HKL?
SB: Ya.
(KS memohon untuk memasukkan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi sebagai bukti pembelaan. Permohonan dibenarkan.)
KS: Ada kenal doktor itu sebelum ini? Sebelum 28 Jun?
SB: Sebelum ini tidak pernah.
KS: Siapa hantar kamu pada dia?
SB: Saya pergi dengan pakcik saya, Uncle Tuah.
KS: Doktor ini bohong?
SB: Mengikut laporan ini, doktor berbohong.
KS: Ada apa-apa sebab dia hendak berbohong, ada berselisih faham dengan dia?
SB: Tidak.
KS: Lepas itu HKL?
SB: Ya, itu cadangan Dr. Osman.
KS: Dalam pukul 3 petang?
SB: Ya, tiba di HKL lebih kurang pukul 3 petang.
KS: Ke Pusrawi pukul 2 petang?
SB: Ya.
KS: Dari pukul 3 hingga 9 malam ada di HKL?
SB: Tidak. Dari pukul 3 hingga 12 malam dan keesokkan harinya sebab dimasukkan ke wad.
KS: Ada Dr. Danial periksa kamu?
SB: Dr. Danial tidak periksa. Dia arahkan saya ke Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC).
KS: (Pohon Dr. Danial dipanggil untuk dicamkan).
MY: Ini adalah soal balas. Masalahnya doktor ini memerlukan sekurang-kurangnya notis lapan jam, mereka pakar bedah di HKL.
KS: Ini masalahnya apabila senarai saksi tidak dibekalkan.
HAKIM: Esok boleh datang?
MY: Kesemua doktor?
KS: Semuanya.
KS: Ada doktor ambil atau rekodkan latar belakang atau sejarah perubatan?
SB: Saya tak pasti tapi ada tanya berkali-kali tentang masalah yang saya hadapi seperti laporan saya.
KS: Buat laporan polis di HKL?
SB: Ya, di HKL.
KS: Buat di pondok polis?
SB: Tidak, di wad.
KS: Polis datang untuk buat repot? Siapa?
SB: Ya, ada 2 orang polis. Saya tidak cam.
KS: Jude Blasious ada di sana?
SB: Masa pemeriksaan, dia ada dalam bilik.
(Supritendan Jude Blasious Pereira dicamkan)
KS: Jadi, kamu diperiksa oleh tiga doktor? Lelaki?
SB: Tiga tetapi ada seorang doktor perempuan, dia tidak periksa.
KS: Pemeriksaan rapi?
SB: Ya.
KS: Adakah kamu dapat laporan doktor ini?
SB: Tidak.
(SB dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan HKL)
KS: Rujuk muka surat dua 'Anal examination to the external anus doesn't show any recent of injury.' (Pemeriksaan dubur di bahagian luar anus tidak menunjukkan sebarang kecederaan baru). Kamu bersetuju dengan ini?
MY: Sukar untuk saksi untuk menjawab setuju atau tidak pada soalan ini.
HAKIM: Kita dengar dulu apa jawapan saksi.
SB: Saya tak dapat lihat bahagian anus saya sendiri.
KS: Sekarang dirujuk pada kamu masalahnya. Apa pendirian kamu tentang perkara ini. Tiada masalah dengan anus kamu?
SB: Saya tak dapat tengok anus saya sendiri. Doktor yang buat keputusan itu pun kena tengok anus saya. Saya tidak dapat simpulkan laporan ini.
MY: Ini soalan patut ditanya pada Doktor.
HAKIM: Saksi dah beritahu jawapan dia.
KS: Apa jawapan dia?
HAKIM: Dia cakap dia tidak boleh tengok anus dia sendiri.
KS: Memanglah dia tidak boleh tengok anus dia sendiri. Jadi?
SB: Sebab masa saya diliwat, gunakan pelincir, jadi, saya tak pasti ...
KS: Rujuk muka surat terakhir, Rumusan/Kesimpulan. Tiga doktor menyatakan "no conclusive clinical finding of anus penetration". (Tiada penemuan klinikal yang kukuh menunjukkan kemasukan di anus). Apa komen kamu?
SB: Tiada komen.
(KS pohon nota pemeriksaan perubatan HKL dimasukkan sebagai bukti. Permohonan dibenarkan)
KS: Ada pernyataan dari kamu direkodkan oleh sesiapa, polis?
SB: Ada, banyak kali.
KS: Berapa kali kamu bagi keterangan?
SB: Tak pasti, banyak kali oleh DSP (ketika itu) Jude.
KS: Keterangan yang direkodkan ada baca balik?
SB: Ada setiap muka surat.
KS: Diliwat tanpa kerelaan?
SB: Ya, seperti dalam laporan saya.
KS: saya membuat permohonan kepada mahkamah supaya keterangan bersumpah dibacakan di mahkamah.
HAKIM: Saya perlukan pihak-pihak berhujah. Peguam minta dibekalkan dengan semua keterangan bersumpah di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.
MY: Apa asas perundangan bagi permohonan ini?
KS: Dia (SB) tidak berkata benar.
HAKIM: Ada alasan lain? Kamu menggunakan peruntukan yang mana?
KS: Kebiasaannya ia merupakan satu hak istimewa tetapi ada pengecualiannya.
HAKIM: Kalau pihak pendakwaan ingin membantu saksi untuk ingat semula tetapi ia bukan yang berlaku sekarang.
(Mahkamah berhenti seketika selama kira-kira satu jam)
KS: Kami telah berbincang mengenai perkara ini. Kami perlukan masa untuk menyediakan hujahan lengkap. Kami berharap mahkamah dapat menangguhkan kes sehingga esok.
MY: Tiada bantahan.
HAKIM: Tangguh sehingga esok?
MY: Ya.
HAKIM: Mahkamah ditangguhkan sehingga pukul 9 pagi esok (hari ini).
Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT at 11:26:00 AM
Satu Ulasan yang menarik tentang Perbicaraan Kes Liwat
Posted by Anak Sungai Derhaka at 12:50:00 AM

Saiful Bukhari Azlan si "mangsa liwat" Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini seolah-olah dimakan dek "sumpah laknat" yang dilakukannya sehari menjelang Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dulu.

Beliau seolah-olah menjadi panik ketika berada di mahkamah, tambahan pula apabila diasak bertalu-talu oleh peguambela handalan Anwar iaitu Karpal Singh.

Bermula dengan cerita sensasi kononnya dia tidak mandi junub selepas diliwat Anwar dan sanggup tidak solat kononnya berada dalam keadaan darurat. Kini rupanya banyak lagi kenyataan beliau yang telah memerangkap dirinya.

Antaranya Saiful mengaku telah bertemu dengan PM Najib Razak pada 24 Jun 2008 iaitu beberapa hari sebelum beliau membuat pengakuan dirinya diliwat Anwar. Persoalannya sekarang, apakah yang dibuat oleh Saiful hingga Najib sanggup menerima kehadiran beliau secara peribadi.

Sebelum ini Najib ada mengakui Saiful berjumpanya untuk memohon biasiswa. Apakah benar itu yang dipohon oleh Saiful?. Jika benar, biasiswa apa yang dipohon oleh Saiful sebenarnya, apakah JPA, MARA, FELDA, PETRONAS atau sebagainya?.

Maknanya Saiful perlu kemukakan bukti yang dia memang memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya. Soalnya sekarang, bila masa pula dan ke IPT mana pula Saiful melanjutkan pelajarannya itu?. Perkara inilah yang amat meragukan kita.

Apa yang lebih menarik dalam prosiding hari ini, Dr.Osman Pusrawi ada mendedahkan bahawa Saiful tergamak memasukkan benda keras berupa objek seperti plastik ke dalam duburnya, bagi membuktikan kononnya beliau diliwat.

Dalam hal ini Saiful yang tersentak dengan kenyataan itu, tiba-tiba menempelak hal ini dengan mengatakan Dr.Osman berbohong.

Soalnya sekarang, jika Dr.Osman berbohong kenapa laporannya begitu lengkap dan terperinci semasa memeriksa Saiful. Apakah kita boleh menerima kenyataan mulut Saiful daripada laporan yang lengkap seperti itu.

Makanya, siapakah yang berbohong dalam hal ini.

Saiful juga mengesahkan telah bertemu dengan pegawai polis yang bernama Rodwan Yusoff sebelum membuat laporan polis dia diliwat. Rodwan kini baru sahaja dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Melaka yang baru.

Saiful mengatakan Dr.Osman Pusrawi berbohong, sebaliknya menjawab "No Komen" bila diajukan persoalan tentang tiada bukti kemasukan atau luka tanda diliwat seperti dalam laporan perubatan oleh tiga doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu diakhir prosiding hari ini, Peguambela Anwar Karpal Singh mahu kemukakan "kenyataan beramaran" Saiful kepada pihak polis kerana amat jelas Saiful Bukhari cuba berbohong dalam mahkamah. Hakim Zabidin Mohd Diah kemudiannya membenarkan permohonan tersebut dan akhirnya mahkamah terpaksa ditangguh hingga ke pagi esok.

Apapun, sama-sama kita nantikan prosiding seterusnya kes liwat II ini esok. Apakah Saiful berani untuk berhadapan dengan Karpal Singh lagi, sedangkan beliau telah bersumpah untuk tidak berbohong di dalam mahkamah.

Jika inilah keadaan perbicaraan yang sedang kita saksikan maka adalah lebih elok Saiful didakwa atas kesalahan menghina mahkamah. Kenyataan yang berbelit-belit dan gagal mengawal keadaan dengan baik jelas membuktikan bahawa beliau sememangnya telah dipaksa untuk melakukan demikian.

Amatlah malang sama sekali jika perbicaraan diteruskan kerana ia akan menambahkan lagi aib kepada anak muda itu. Bahkan sudah pasti lebih banyak nama pemimpin akan dikaitkan dengan kes itu nanti. Maka akhirnya sumpah laknat Saiful memakan dirinya sendiri setelah lebih setahun beliau menunggu hari kebenarannya yang dijanjikan untuknya. Semoga keadilan dapat ditegakkan dalam kes kontroversi ini!.


Pahang Daily