Benarkah Kelantan mundur?
Kenapalah Kelantan jadi mundur?
Pelabur takut untuk melabur di Kelantan kerana rakyat miskin.
Banyak rakyat Kelantan merempat diluar negeri?
Tidak ada pembangunan !
Tiada peluang pekerjaan !
Tiada peluang pendidikan !
Sabar.
Mari dengar ini cerita.
Menurut cerita orang Kelantan lah,
bukan cerita dongeng orang luar,
kerana untuk mengetahui sesuatu perkara darinya,
perlulah bertanyakan kepada orangnya.
tak gitu?
Kelantan sudah jauh maju,
jauh dari itu kemajuan Islam Di Kelantan jauh mendahului negeri lain.
Ramai orang Kelantan sudah kaya raya di ibu kota Kuala Lumpur,
Sehingga Dato’ Tony Fernandes pula sibuk untuk bina Tune Hotel di negeri mundur ini,
Lihatlah
airport negeri mundur, telah mencapai 1 juta trafik pada 2009.
mendahului airport domestic negeri maju lain.
Sebab itulah Jepun memilih untuk mendarat di Kuala Pak Amat 60 tahun lalu! Ha Ha. (Tiada Kaitan)
*****************************************************************************************************************
Pelaksanaan & Perancangan.
A) Pelaksanaan.
1) Kompleks Saidina Ali.
Kompleks Saidina Ali
Kompleks Saidina Ali
Kompleks Saidina Ali
Fasa
pertama Kompleks Perniagaan Saidina Ali telah siap sepenuhnya awal
tahun ini. Projek ini telah dimajukan oleh Ali Homes yang beribu
pejabat di Kota Bharu.
2) Masjid Ayesha.
Masjid Ayesha
Masjid Ayesha
Sebuah masjid baru
di Kok Lanas yang diberi nama Masjid Ayesha terletak bersebelahan
Kompleks Perniagaan Saidina Ali. Status projek telah mencapai 65 % dan
dijangka siap penghujung 2011.
3) KFC & Pizza Kok Lanas.
KFC & Pizza Kok Lanas
KFC & Pizza Kok Lanas
Satu-satunya
Restoran bersama (single outlet) KFC-Pizza terletak di Kok Lanas telah
dibuka awal tahun 2011 dilokasi yang strategik di antara Ketereh dan
Kok Lanas.
4) KFC Kota Bharu.
KFC Kota Bharu
Restoran KFC
kedua (single outlet) di Kota Bharu selepas pembukaan pertama (single
outlet) KFC Kubang Kerian hampir 2 tahun lepas. Dijangka siap
sepenuhnya Oktober 2011 dan dibuka kepada umum akhir tahun ini.
5) Pembesaran HUSM Kubang Kerian.
Pembesaran HUSM
Sebuah Projek
Kerajaan Pusat menempatkan beberapa buah blok baru telah memasuki fasa
terakhir setelah dimulakan pertengahan 2010 lalu.
6) Pembesaran HRPZ II.
Pembesaran HRPZ
Juga sebuah projek Kerajaan Pusat untuk menambah 4 blok tambahan baru telah bermula awal tahun ini dan dijangka siap Mac 2013.
Entri Terdahulu:
Pembesaran HRPZ.
7) Pemanjangan Laluan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Pemanjangan Laluan LTSIP
Pemanjangan Laluan LTSIP
Projek
pemanjangan Laluan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa
telah memasuki 90 % pelaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya September
2011.
Entri Terdahulu:
Pemanjangan Laluan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
8 ) Pasar Kota Jembal.
Pasar Kota Jembal
Projek
Pembinaan Pasar Baru Kota Jembal yang bermula pada awal tahun ini telah
memasuki 70 % pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya Oktober 2011.
Entri Terdahulu:
Pasar Baru Kota Jembal.
9) Medan Selera Kota Bharu.
Medan Selera Kota Bharu
Sebuah
projek Kerajaan Pusat di bawah JPP untuk membina sebuah Medan Selera di
Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV telah bermula Jun lalu dan
dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2012.
10) Wisma SPRM.
Wisma SPRM
Sebuah Wisma
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Sultan Yahya
Petra telah siap sepenuhnya pada Julai 2011 setinggi 8 tingkat ini
dimasukkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9). Harap tiada
yang jatuh lagi disini.
11) Wisma PERKESO.
Wisma PERKESO
Sebuah Wisma Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Jalan Kampung Sireh telah siap dan beroperasi pada pertengahan 2010.
12) Battuta Ville.
Battuta Ville
Artistik Battuta Ville
Projek
pembangunan semula tanah milik Majlis Perbandaran Kora Bharu Bandar
Raya Islam (MPKB-BRI) serta tanah milik persendirian seluas 4,292 ekar
di Batu 2, Jalan Kuala Krai ini meliputi beberapa komponen seperti
bangunan kediaman, pusat perniagaan, taman rekreasi serta pembinaan 6
buah medan selera (food court) yang terdapat di seluruh dunia itu akan
dilaksanakan mengikut senibina Islam. Projek ini dimajukan oleh Syarikat
Alam Daya Maju Sendirian Berhad.
Entri Terdahulu:
Batutta Ville.
13) Anjung Vista.
Anjung Vista
Artistik Anjung Vista
Pembinaan
Anjung Vista Service Apartment ini telah 30% siap dan ia bakal menjadi
mercu tanda kepada Bandar Satelit Kubang Kerian dengan ketinggian
pengsapurinya 21 tingkat. Setakat ini pemajunya Gazriz telah menerima
tempahan sebanyak 85 peratus bagi kesemua jenis-jenis apartmen yang
disediakan. Anjung Vista Service Apartment mempunyai 251 unit
pangsapuri dan satu unit lot komersial dua tingkat. Keluasan lot
komersial sebanyak 5,100 kaki persegi dengan kos pembangunan dianggarkan
RM39.9 juta.
Entri Terdahulu:
Anjung Vista Apartment.
14) Pembesaran Hotel Perdana.
Pembesaran Hotel Perdana
Pembesaran Hotel Perdana
Artistik Pembesaran Hotel Perdana
Sebuah
Projek Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk menambah-baik dan
pembinaan blok bangunan baru Hotel Perdana 11 Tingkat dijangka siap
sepenuhnya menjelang Februari 2012.
Entri Terdahulu:
Pembesaran Hotel Perdana
15) Holiday Villa.
Holiday Villa
Artistik Holiday Villa
Sebuah
bangunan hotel 9 Tingkat bertentangan dengan Pasar Wakaf Che Yeh
dimiliki oleh Holiday Villa dan dijangka siap sepenuhnya September
2011.
16) One Residence.
One Residence
Artistik One Residence
Sebuah
Kondominium di Jalan Paya Bemban – Cherang setinggi 24 Tingkat telah
dimulakan pembinaannya Jun 2011 dan dijangka siap sepenuhnya April
2013.
Entri Terdahulu:
One Residence Condominium.
17) Apartment KB Sentral.
KB Sentral
KB Sentral
KB Sentral
Entri Terdahulu:
KB Sentral.
18) Mydin Mall (Terbesar di Malaysia).
Mydin Mall Tunjong
Sebuah
pasaraya Mydin Mall yang terbesar di Malaysia terletak di Bandar Baru
Tunjong sedang dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya Dec 2012.
19) New Shop-lots.
Unit di Jalan Kelochor
Unit di Jalan Wakaf Mek Zainab
Unit di Paya Bemban
B) Perancangan.
1) Hotel Madinaturraudhah.
Tapak pembinaan Hotel Madinaturraudhah
Artistik Hotel Madinaturraudhah
Imej Satelit Lokasi Hotel Madinaturaudhah
Entri Terdahulu:
Hotel Madinaturaudhah
2) Bayan Residency.
Bayan Residency
Artistik Bayan Residency
Imej Satelit Lokasi Bayan Residency
Terletak
diantara laluan Kota Bharu – Panji, Pembinaan Bayan Residency dijangka
akan dimulakan Ogos 2011 setelah proses untuk mendapatkan kelulusan
selesai.
3) Perdana Residency.
Artistik Perdana Residency
Imej Satelit Lokasi Perdana Residency
Perdana
Residency di Jalan Sri Cemerlang setinggi 23 Tingkat ini yang dimiliki
oleh PKINK akan menempatkan lebih dari 250 buah unit dan kerja
pembinaan dijangka akan dimulakan seawal Oktober 2011.
4) Ali Vista.
Ali Vista
Imej Satelit Lokasi Ali Vista
Pembinaan Apartment Ali Vista yang dimajukan oleh Ali Homes ini masih belum dimulakan sepenuhnya.
5) Apartment PKINK.
PKINK Apartment
Imej Satelit Lokasi PKINK Apartment
6) ND Mutiara.
ND Mutiara Tower
Imej Satelit ND Mutiara
Servis
Apartment setinggi 23 tingkat ini bakal dimajukan oleh syarikat ND
Mutiara Realties Sdn Bhd syarikat milik penuh Bumiputra Kelantan.
Lokasinya terlerak di jalan utama ke Taman tengku Anis Tanjung Chat.
Tempahan telah mencapai 85% dan pembinaan dijangka akan dimulakan pada
bulan April 2011 setelah mendapat Lesen Pemaju dan Permit Iklan.
Kebanyakan pembeli adalah terdiri daripada korporat-korporat Kelantan
yang berniaga di Ibu Negara.
7) Hotel 26 Tingkat di Jalan Sultan Yahya Petra (Tapak Stesen Bas SKMK)
Hotel 26 Tingkat
Imej Satelit Lokasi Hotel 26 Tingkat di Jalan Sultan Yahya Petra
Pembinaan
Hotel setinggi 26 Tingkat ini di atas tapak bekas stesen bas SKMK di
lihat sebagai salah satu mercu tanda yang terbaru di Kota Bharu. Proses
pemilik tanah telah selesai dan pembinaan dijangka akan dimulakan pada
penghujung 2011.
8 ) Apartment di Jalan Che Su
Pelan
Artistik Apartment
Artistik Apartment
Imej Satelit
Sebuah lagi
pembinaan yang akan menambahkan lagi seri di tepi Sungai Kelantan.
Terletak di antara Jalan Che Su dan Jalan Gajah Mati, Apartment ini
bersebelahan GR Hotel (Grand RiverView), dan sekarang, ia dalam proses
untuk mendapatkan tanah yang menempatkan lebih dari 50 buah rumah-rumah
dan setinggan di tepi Sungai Kelantan. Menurut sumber, pemilikkan
tanah sudah mencapai 30% iaitu ia akan bermula dari sebelah LIDO (lama)
hingga Off Jalan Gajah Mati berhadapan Jalan Sultanah Zainab.
9) An-Naim Resident.
An-Naim Resident
Imej Satelit Lokasi an-Naim Resident
Pembinaan
dijangka akan dimulakan pada pertengahan tahun 2012 setelah Taqwa
Point di hadapan An-Naim Resident yang akan siap sepenuhnya menjelang
Mei 2012.
10) Airport City.
Airport City
Airport City
merupakan suatu pelan perancangan jangka panjang oleh MPKB-BRI meliputi
tanah seluas 200 ekar di hadapan Pantai Sabak dan menghadap Lapangan
Terbang Sultan Ismail Petra. Suatu perancangan selepas projek-projek di
Lembah Sireh dan Pasir Tumboh ini siap sepenuhnya.
Lain-Lain:
1)
Pembangunan Lembah Sireh. (Kota Bharu Waterfront)
2)
Bandar Satelit Pasir Tumboh. (Kota Tok Kenali)
3)
Kompleks Pejabat Kerajaan Bandar Darulnaim. (Bandar Baru Tunjong)
oleh:
anak kelantan