Seperti yang anda dapat lihat sebelum
ini, Samsung telah mengeluarkan pelbagai telefon pintar yang banyak
menggunakan platform Android. Kini telefon pintar yang menggunakan
platform Android mendapat sambutan hangat dari pengguna. Setelah model
Samsung Galaxy S II yang dikeluarkan oleh syarikat Samsung mendapat
banyak sambutan dari pengguna telefon pintar, kini Samsung melancarkan
model terbaru mereka, Samsung Galaxy Note. Model terbaru ini dikhabarkan
telah sampai di Malaysia. Apa yang dapat dilihat pada model tersebut,
skrinnya yang agak besar sehingga 5.3″ berbanding model popular Samsung
Galaxy S II sebelum ini yang hanya sebesar 4.3″.
Terdapat pelbagai lagi kemaskini yang
telah dilakukan bagi model terbaru tersebut. Spesifikasi model tersebut
dikuasakan dengan chip pemprosesan Dual-core 1.4GHz ARM Cortex-A9
processor, Mali-400MP GPU, Exynos chipset. Selain itu, model tersebut
mempunyai pilihan kapasiti dalaman sebanyak 16GB dan 32GB serta
mempunyai RAM sebanyak 1GB. Dari segi rakaman video pula, video
dikhabarkan dapat dapat dirakam dengan kualiti
sehingga 1080p@30fps! Mari kita lihat model Samsung Galaxy Note dengan
lebih dekat lagi.
Ada yang menganggap model ini sudah
seakan-akan tablet kerana saiznya yang agak besar merujuk kepada
gambaran paparan terperinci model tersebut di atas. Buat masa sekarang,
model tersebut belum lagi dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Model
ini dikhabarkan akan berada di pasaran pada bulan November kelak. Harga
yang dijangkakan akan dijual adalah sekitar RM2,000 hingga RM2,499 oleh
pihak Samsung Eletronic Mobile (SME). Walaubagaimanapun, ada di kalangan
penjual menjangkakan harga model tersebut akan dipasarkan sekitar
RM2,299.
Sumber : Lowyat.Net dan GSMArena
Read more: http://www.akupenglipurlara.com/samsung-galaxy-note-sudah-sampai-malaysia.html#ixzz1cFn9FzAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan