Khamis, 13 Mei 2010

Adakah ini ditujukan buat Hj. Lah...

Surat Terbuka buat Pengasas Pondok Geting
Posted on Wednesday, May 12 @ 17:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Respon Oleh: Yangretibase

"

Assalamualaikum Abdullah Sa'amah,

Ingin saya dengan ikhlasnya menasihati anda supaya anda banyak-banyak memuhasabah diri. Anda fikir andakah pihak yang benar berbanding dengan TG Nik Aziz? Huh! Jauh panggang dari api! Hisab-hisablah diri anda mengapa anda membenci sangat akan TG Nik Aziz. Anda dengki terhadapnya? Anda hanya mencari dosa kering memusuhi TG Nik Aziz. Apa yang anda mahu, sebenarnya?Wahai Abdullah Sa'amah! Sedarkah anda bahawa 'fatwa' anda boleh menjadikan anda tok guru sesat. Seorang tok guru sesat boleh pula menyesatkan murid dan pengikutnya. Maka menjadilah anda tok guru sesat yang menyesatkan.


Terbaru, anda ada mengeluarkan satu 'fatwa' bahawa politik kepartian seperti yang diamalkan ketika ini tidak ada sedikit pun hubung kait dengan agama.(Utusan Online, 8 Mei 2010). 'Fatwa' anda ini jelas membuktikan bahawa anda memisah dan mengasingkan aspek politik daripada Islam. Bagi anda, agaknya, oleh sebab politik kepartian tidak ada sedikit pun hubung kait dengan agama (Islam), maka pemain politik kepartian bebas melakukan apa saja kejahatan; dia tidak berdosa dan dia tidak akan menerima hukuman, kerana dia tiada hubung kait dengan agama. Begitu?

Atau adakah 'fatwa' anda ini sekadar hendak dijadikan hujah untuk merasionalkan pendapat anda bahawa PAS juga parti sekular seperti UMNO?

Alangkan silapnya anda, wahai Abdullah Sa'amah, pengasas Pondok Geting. Mustahil anda tidak tahu bahawa setiap perbuatan, gerak-geri, tingkah laku, tutur kata dan bahkan diam seseorang itu pun dikira dosa pahalanya oleh Allah SWT. Tidak ada 'apa' pun dalam dunia ini yang 'terkeluar' atau 'terkecuali' daripada Islam, sedangkan politik pemerintahan negara merupakan aspek terbesar dalam amanah Allah SWT yang dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi-Nya ini.

Bagaimana mungkin anda hendak memisah dan mengasingkan politik kepartian daripada Islam, sedangkan politik kepartian itu merupakan sebahagian daripada sistem politik yang diamalkan sekarang. Kita sedia maklum bahawa Allah SWT mencipta manusia dengan dua tujuan. Pertama, untuk menjadi hamba yang senantiasa beribadat kepada-Nya. Kedua, untuk menjadi khalifah atau pemimpin demi memakmurkan bumi-Nya.

Dengan kata lain, khalifah sebagai pemimpin politik pada zaman ini dalam konteks negara Malaysia kita wajib mematuhi Titah Perintah Allah SWT dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai Perlembagaan Negara, sebagaimana yang dihasratkan oleh PAS.

Sekian, wassalam. Tolong maafkan saya. Saya ikhlas.



-- Yangretibase --

Sumber : Tranungkite

Tiada ulasan:

Catat Ulasan