Seperti yang anda dapat lihat sebelum ini, Samsung telah mengeluarkan pelbagai telefon pintar yang banyak menggunakan platform Android. Kini telefon pintar yang menggunakan platform Android mendapat sambutan hangat dari pengguna. Setelah model Samsung Galaxy S II yang dikeluarkan oleh syarikat Samsung mendapat banyak sambutan dari pengguna telefon pintar, kini Samsung melancarkan model terbaru mereka, Samsung Galaxy Note. Model terbaru ini dikhabarkan telah sampai di Malaysia. Apa yang dapat dilihat pada model tersebut, skrinnya yang agak besar sehingga 5.3″ berbanding model popular Samsung Galaxy S II sebelum ini yang hanya sebesar 4.3″.

Terdapat pelbagai lagi kemaskini yang telah dilakukan bagi model terbaru tersebut. Spesifikasi model tersebut dikuasakan dengan chip pemprosesan Dual-core 1.4GHz ARM Cortex-A9 processor, Mali-400MP GPU, Exynos chipset. Selain itu, model tersebut mempunyai pilihan kapasiti dalaman sebanyak 16GB dan 32GB serta mempunyai RAM sebanyak 1GB. Dari segi rakaman video pula, video dikhabarkan dapat dapat dirakam dengan kualiti sehingga 1080p@30fps! Mari kita lihat model Samsung Galaxy Note dengan lebih dekat lagi.




Ada yang menganggap model ini sudah seakan-akan tablet kerana saiznya yang agak besar merujuk kepada gambaran paparan terperinci model tersebut di atas. Buat masa sekarang, model tersebut belum lagi dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Model ini dikhabarkan akan berada di pasaran pada bulan November kelak. Harga yang dijangkakan akan dijual adalah sekitar RM2,000 hingga RM2,499 oleh pihak Samsung Eletronic Mobile (SME). Walaubagaimanapun, ada di kalangan penjual menjangkakan harga model tersebut akan dipasarkan sekitar RM2,299.
Sumber : Lowyat.Net dan GSMArena